Monday, April 11, 2016

Portal lengkap ayam kampung


Alhamdulillah ..saya telah dapat memberikan sedikit masa untuk membina satu portal lengkap ayam kampung yang complete. Sila layari www.ayamkampung.com.my. Pelbagai fungsi, saya ketengahkan dalam portal ini seperti :





Direktori Penternak
Anda tercari-cari penternak berdekatan tempat tinggal anda? Direktori ini akan memudahkan pencarian anda. Penternak juga digalakkan mendaftar dan memasukkan profil masing-masing.

Produk Ayam Kampung
Nak beli ayam kampung hidup, frozen, dan telur ayam kampung? Untuk penternak kami ada menjual peralatan reban, EM1/ EM Emas, mesin inkubator, anak-anak ayam, ubat-ubatan dan sebagainya

Blog Rasmi
Kami akan kongsikan perkara berkaitan ayam kampung dalam bentuk blog seperti pembinaan reban, pemakan ayam, penyakit-penyakit ayam kampung, pemasaran, informasi baka-baka dan sebagainya.

Berita Terkini
Ingin mendapatkan maklumat sebarang berita terkini berkenaan ayam kampung?  Di sini kami kumpulkan berita-berita yang menarik dari surat khabar, majalah, atau blog rasmi agensi terbabit untuk tatapan anda.

Nak bela ayam kampung?
Kami boleh bantu untuk memulakan hajat anda. Perkhidmatan konsultan disediakan samaada penternakan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Adalah lebih baik memulakan sesuatu dengan ilmu dan tunjuk ajar dari yang berpengalaman.

Baka Ayam Kampung
Terdapat pelbagai jenis ayam kampung seperti ayam kampung ori, Ayam kampung hybrid atau kacuk, ayam siam/sabung, ayam arab dan lain. Jika ada permintaan, kami boleh bantu anda.

No comments: